Bercerita Tentang Cinta, Cinta Hakiki, Cinta Yang Diridhai, Cinta Dibawah Naungan Ilahi..
Memulakan nukilan mengenai cinta dari Ustadz Armen Halim Naro, ingin ku sajikan dengan sajak indah cinta dengan sebuah nukilan dari buku Buhul Cinta, di mana cinta merupakan fitrah manusia dan karunia anugerah Sang Maha Pencipta
Cinta adalah akad dan pernikahan
Cinta adalah airnya kehidupan bahkan ia adalah rahsia kehidupan
Cinta adalah kelazatan ruh, bahkan ia adalah roh kehidupan
Dengan Cinta…
menjadi terang semua kegelapan
akan cerah kehidupan
akan menari hati
dan akan bersih qalbu
Dengan cinta semua kesalahan akan dimaafkan..
Dengan cinta semua kelalaian akan diampunkan..
Dengan cinta akan dibesarkan makna kebaikan..
Kalaulah bukan kerana cinta..
Maka tidak akan saling meliuk satu dahan dengan dahan lainnya,
Kalaulah bukan kerana cinta..
Tidak akan merunduk rusa betina kepada jantannya,
Tidak akan menangis tanah yang kering terhadap awan yg hitam,
Dan bumi tidak akan tertawa terhadap bunga pada musim semi
Ketika cinta hampa dalam kehidupan..
Maka jiwa akan sempit dan terjadilah pertikaian dan perselisihan
Ketika cinta telah hilang..
Maka akan layu bunga..
Akan padamlah cahaya..
Akan pendeklah usia..
Akan kering danau dihutan belantara..
Dan akan silih berganti dating penyakit dan sengsara..
Kalau cinta telah sirna..
Tatkala itu lah lebah meninggalkan bunga..
Tatkala itu burung pipit meninggalkan sarangnya..
Tatkala itu lah kutilang tidak hinggap lagi pada pucuk cemara..
Sekiranya lautan mempunyai pantai
Dan sekiranya sungai mempunyai muara..
Maka lautan cinta tidak berpantai..
Dan sungai cinta tidak bermuara..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar